LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Friday, February 27, 2009

Maaf..erti sebuah kehidupan

Posted by ajue_gho


Mengutuk orang pun sudah, memberi komen pun sudah. Tanpa kita sedari betapa banyak nya kekurangan yang ada dalam diri. Siapa diri kita tanpa orang sekeliling, tak ada makna pun, tak ada penyeri, tak ada pengubat..duka dan lara. Cuma, bergantung kepada persepsi individu bagaimana hendak menerima sebuah perhubungan itu. Kadang-kadang bila bercakap atau berbahasa 'aku, kau,sengal..etc' dianggap biasa dalam sesebuah hubungan, malah ia menampakkan keakraban hubungan persahabatan itu. Iaitu sejauh mana mereka mampu menerima apa yang orang sekeliling mereka ada dan saling menerima kekurangan. Namun, ia cukup berlainan bagi sesetengah orang yang menganggap ia agak kasar, sensitif. Tidak dinafikan setiap manusia, asalnya dari latar belakang yang berbeza, dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Tetapi, itu lah gunanya manusia memahami 'jargon' yang ada dalam masyarakat. Bak kata orang, dalam benci ada sayang. Begitu lah juga dalam setiap kata yang dilafazkan. Terpulang kepada individu untuk menyampaikan maksud dalam pelbagai bentuk. Begitu lah juga dinyatakan dalam Al-Quran bahawa, Allah meciptakan manusia dari pelbagai jenis untuk saling berkenal-kenalan. Sesungguh nya cukup indah untuk mengenali setiap manusia.

Apa yang penting, setiap yang kita lakukan memang tidak akan lari dari kesilapan. Dan kesilapan itu lah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan. Banyak orang yang berjaya pada hari ini bermula dari kegagalan..mengenal apa ertinya hidup itu. Cuma kita sebagai manusia..belajar lah mengungkap kemaafan. Kadang-kadang kita cukup ego untuk mengatakan maaf, walau pun rasa bersalah itu menghantui diri seumur hidup. Ucap kan lah maaf dari hati..agar kita bisa hidup dalam kebahagiaan. Sesungguh nya dosa sesama manusia, hanya manusia sahaja yang mampu memaafkannya. Namun, kadang-kadang ungkapan maaf itu dianggap satu pemalsuan dan mainan. Disebabkan itu..mula lah semuanya dari hati. Kerana, hadiah dari hati...adalah sangat sempurna. Kepada semua kawan-kawan ku, sesiapa yang mengenali atau sesiapa sahaja, seandainya pernah diri ini menyinggung mana-mana hati atau perasaan. Ungkapan berjuta kemaafan yang tidak terlafaz dihulurkan...

Thursday, February 26, 2009

LAILUL Ahad..thanks a lot

Posted by ajue_gho


Lailul Ahad..kata nya cinta itu buta walaupun indah. Minta maaf lah nama kamu dijaja di blog page ini. Hehehe. Lama betul tak berjumpa. Buat sekian kali nya terima kaseh lah kerana pernah hadir dalam hidup diri ini dan meminjamkan duit buat orang susah ni. Jangan risau ye..nanti saya cash in as soon as posible. Tapi, nampak gaya nya agak lambat lah proses pemulangan csebab banyak betul masalah & prosedur. Jgn risau..tak jatuh nya saham awak di publish kat blog ni. Bak kata awak siapa lah awak kan..& tak ada sapa nak kat awak..pasni berderet lah yang meluahkan rasa yang terbuku di hati. Dah tau Lailul Ahad cam mana. Kawan-kawan pun ucapkan banyak-banyak terima kasih pada Mr.L. Thankz a lot..

2nd part, pesanan dari penaja. Lailul..jangan nak menegakkan benang yang basah. Terima lah hakikat nya..hati awak tu sekarang tengah gering untuk berkaseh sayang. Jangan asyik nak menolak cinta yang datang. Itu bukan nama nya tidak mahu berubah..tapi tetap perubahan iaitu menolak untuk mengakui cinta itu. Haha..no komen. Jadi, jangan salah kan cinta..kenapa cinta buta. Tapi,salah kan hati mengapa buta dalam memilih cinta. Apa yang penting..hati yang terluka tak akan semakin terluka, malah makin subur dengan kaseh sayang. Tak ada konflik, tak ada salah faham, tak ada kesakitan..maka tak akan ada 'remedi' untuk baiki atau memulihkan sesuatu perhubungan. Saya hanya mampu menulis, jauh sekali untuk meluahkan kerana saya seorang pesalah, yang sering kali bersalah. Siapa lah saya ini, hanya seorang pesalah??!!?? Hehehe.

3rd part. Nak cakap sesuatu untuk lailul. Seseorang yang mengatur langkah dan mengawal kekasihnya (mahu kekasihnya berubah seperti yang dia mahu - faham kan), sebenarnya mencintai diri sendiri - Pahrol Mohd. Juoi. Haha, jangan terasa bagi yang terkena, tetapi itu lah hakikatnya.

Yang penting..saya selalu doakan yang terbaik untuk awak. Dari budak busuk..yg memang busuk. Hehehe. Maklum lah..saya seorang yang memang nakal & degil. Tak sah untuk tidak menyakiti hati awak. Pendek kata ada je salah..salah saya..semualah salah saya, punca salah pun dari saya. Sedang kan awak..menjadi mangsa. Tapi..ingat ye pakcik, sampai satu masa kita tak akan hirau kan lagi hati & perasaan tu bila..diri tidak mahu mengakui sayang. Jangan menyesal di kemudian hari. Hahaha. Arghhh..lailul, tertipu lagi!!!??!! Sebenar nya selain nak ucap terima kaseh, nak mengenakan pun ada juga. Hehehe. Jgn risau..nanti saya tak ada, awak boleh hidup nga aman damai, tak ada sesiapa nak menyakitkan & mengenakan awak. U are 1 of my best frenz dat i ever had...so keep ur smile 4ever. Padan muka..hehehe. Lailul anak yang manja...

Tuesday, February 24, 2009

HADIAH..dari hati

Posted by ajue_gho

SELAMAT PENGANTIN BARU


S
elamat pengantin baru, Nor Akma Bt Abdullah. Mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadiri perkahwinan k.long. Teringat zaman form 6 dulu..bila aku berada dengan kawan-kawan aku sekarang aku teringat betul SABS. Kak Long seorang sahabat yang aku kenal masa form 6...memang giler kan kita masa tu. Itu lah 1st time pengalaman aku duduk hostel..yang paling best hostel tu tak ramai pun orang, 1 dorm cuma ada lebih kurang 10 orang..campur-campur semua tak sampai seratus..tapi hampir seratus lah. Rabit, Konah, Ejeq, Suzie, Zack, Yang, Pugha, Wanzue, Kechek..aku rindu kat korang semua. Bila agaknya giliran kita orang pula yang menjamu nasi minyak.


Apa yang aku nak ceritakan aku bukan seorang sahabat yang baik. Teringat lagi yang ko cakap dulu yang ko nak kita orang semua datang ke
majlis perkahwinan ko. Arggghh..maaf banyak-banyak...sebab salah maklumat tentang tarikh perkahwinan tu. jadi memang aku tak sempat nak cancel kan trip ke sana. Aku tak tahu macam mana rasa bersalahnya aku pada ko...sedangkan aku masa tu kat Genting tengah terpekik menjerit dan bergelak ketawa. Selepas tu ko cakap ko tak kisah sebab aku memang sibuk belajar sedangkan yang lain dah bekerja. Betapa baiknya k.long...tak tahu nak cakap macam mana walau pun hati aku sedih juga.


Ni hasil design 1st aku..hadiah dari hati
next time..aku akan hasilkan yang lagi berkualiti

Kadang-kadang kita selalu nak penuhi keinginan hati..nak mencari sesuatu yang kita impikan. Tanpa kita sedari..kadang-kadang ada hati yang tersentuh. Dan..dalam kita ingin mengejar dan mendapatkan sesuatu...akan ada sesuatu yang kita terpaksa atau perlu korbankan. Walaupun pahit untuk diterima. Cuma di sebalik semua itu hargai lah sebuah persahabatan yang kita tak akan dapat beli dengan wang ringgit mahu pun segulung ijazah. Nilai sebuah persahabatan itu amat sukar diukur mahupun dinilai. Tidak perlu datang dengan memberi hadiah mahal-mahal..cukup lah datang sekadar menjenguk dan bertanya khabar. Kadang-kadang..seorang manusia itu akan menitis air mata gembira bila seorang manusia lagi 'kaseh' padanya.

Monday, February 23, 2009

TRIP...cuti-cuti jalan-jalan makan angin

Posted by ajue_gho


Diz coming season everything is about..spend your money for holidays and any trip. Wow...hmmm, banyak berhabes duit untuk berjalan-jalan. Kadang-kadang ia memberi kepuasan bila kita jauh berjalan. Tahun pertama dan kedua kat UTM, boleh lah jalan-jalan free..ada support dengan join program-program kolej/universiti. Maklumlah kita orang bukan anak orang kaya, yang boleh keluar duit banyak mana pada bila-bila masa. Kadang-kadang nak makan pun..berkongsi. Sebungkus maggi kongsi berlima. Tapi..itu yang seronoknya, baru lah kita tahu erti kehidupan macam mana.




Masuk tahun 3 ni, memang puas hati walau budget keluar sikit. Berbaloi..coz menambah koleksi pengalaman yang ada. Berjalan, degree++, PSM..hahaha, kena cath-up laju sikit lah. Yang paling best Hutan Lipur Lentang & Genting Highland & Singapore. Aku teringat lagi..Zehan-kenangan Shell Ketari, Teha-beli gas, Nurul-1st time masuk hutan. Bagi aku yang membesar sebagai anak orang asli masuk hutan bukan perkara baru sangat..cuma peluang untuk dapat pergi kat tempat orang sangat jarang. Sebab tu aku rasa sangat berbaloi kalau hanya perlu laburkan sedikit duit untuk pergi mana-mana tempat yang aku belum pernah pergi. Lihat budaya dan cara hidup yang berbeza. Walaupun dah hampir 16 tahun aku hidup sebagai seorang muslim, tapi cara hidup masih tak jauh beza dengan budaya orang asli itu sendiri. Apa yang memberi perbezaan cuma lah pegangan dan kepercayaan. Setiap makhluk atau masyarakat itu ada 'value of sense' tersendiri, yang kita perlu sama-sama belajar dan memahami.

Siloso Beach-Sentosa Island

Quite long
i'm not updating my blog. Hehe. Ermm..sekejap je masa berlalu. Mula je sem yg baru..dh hampir pertengahan. Sedar x sedar..dah pun masuk sem last. Sekejap je kt cni..rs rindu & belum puas lg kenal UTM. Masuk 2006..ingat lambat lh nak sampai 2009..dh pun sampai. Apa nak dikata..buat lah perancangan dan pilihan yang bijak. 3 tahun di sini..macam-macam terjadi. Bukan senang nak dapatkan kejayaan dalam mencari kebahagian hidup. Banyak yang perlu dilalui..makin susah kita naik, makin lama kita bertahan & kekal. Makin cepat kita naik..belum tentu lg bertahan lama.

"THE BEST FINDING" selama hampir 3 tahun di sini..ada 6. Banyak sebenarnya..UTM, FPPSM, 4 lagi budak-budak nakal. Budak-budak nakal yang mukanya dah macam mak-mak orang (nampak matang je) tapi perangai steady cool. Setiap sem, semuanya kenangan terindah. Mungkin kitaorg masih lagi mengejar cinta yang satu. Tapi, sekurang-kurang nya kitaorang dapat mencapai kejayaan hidup. InsyaAllah. Congratulation & all the best untuk U, coz dah dapat cinta yang dicari. Moga kitaorang yang lain pun..biar lah lambat asal jumpa yang terbaik. Hehe. Apa tak nya..masing-masing demand. Nak juga yang ikut taste masing-masing. Yang penting apa yang kita orang buat bersama tak mungkin orang lain dapat lakukan sama seperti yang kitaorang dah alami. Haha..hanya Tuhan je yang tahu pahit getir nya di sebalik senyuman yang terukir di bibir masing-masing. Thank a lot all my frenz, luv u all. Umah aku je belum gi lagi..??!!??


Apa-apa pun..aku banyak belajar. Belajar membeli dan membaca buku. Belajar menulis, bermula ngan menulis blog. Jadikan ia satu hobi yang bagus..menggantikan internet as the best source. Coz apa-apa yang ada dalam buku, sangat lah berlainan hasil karyanya...hasil kerjanya. Belajar menghargai kualiti. Aku harap..aku habis lah membaca buku yang baru je beli sem ni..ntah lah kenapa buku yang satu ni..lambat betul nak habis. Pada hal cuma ada lebih kurang 100 muka surat je. Tentang Cinta-Pahrol Mohd Juoi. Biasa..boleh je skip, tapi buku yang satu ni..aku nak baca setiap satu ayat yang tertulis di dalamnya.