LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Friday, February 27, 2009

Maaf..erti sebuah kehidupan

Posted by ajue_gho


Mengutuk orang pun sudah, memberi komen pun sudah. Tanpa kita sedari betapa banyak nya kekurangan yang ada dalam diri. Siapa diri kita tanpa orang sekeliling, tak ada makna pun, tak ada penyeri, tak ada pengubat..duka dan lara. Cuma, bergantung kepada persepsi individu bagaimana hendak menerima sebuah perhubungan itu. Kadang-kadang bila bercakap atau berbahasa 'aku, kau,sengal..etc' dianggap biasa dalam sesebuah hubungan, malah ia menampakkan keakraban hubungan persahabatan itu. Iaitu sejauh mana mereka mampu menerima apa yang orang sekeliling mereka ada dan saling menerima kekurangan. Namun, ia cukup berlainan bagi sesetengah orang yang menganggap ia agak kasar, sensitif. Tidak dinafikan setiap manusia, asalnya dari latar belakang yang berbeza, dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Tetapi, itu lah gunanya manusia memahami 'jargon' yang ada dalam masyarakat. Bak kata orang, dalam benci ada sayang. Begitu lah juga dalam setiap kata yang dilafazkan. Terpulang kepada individu untuk menyampaikan maksud dalam pelbagai bentuk. Begitu lah juga dinyatakan dalam Al-Quran bahawa, Allah meciptakan manusia dari pelbagai jenis untuk saling berkenal-kenalan. Sesungguh nya cukup indah untuk mengenali setiap manusia.

Apa yang penting, setiap yang kita lakukan memang tidak akan lari dari kesilapan. Dan kesilapan itu lah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan. Banyak orang yang berjaya pada hari ini bermula dari kegagalan..mengenal apa ertinya hidup itu. Cuma kita sebagai manusia..belajar lah mengungkap kemaafan. Kadang-kadang kita cukup ego untuk mengatakan maaf, walau pun rasa bersalah itu menghantui diri seumur hidup. Ucap kan lah maaf dari hati..agar kita bisa hidup dalam kebahagiaan. Sesungguh nya dosa sesama manusia, hanya manusia sahaja yang mampu memaafkannya. Namun, kadang-kadang ungkapan maaf itu dianggap satu pemalsuan dan mainan. Disebabkan itu..mula lah semuanya dari hati. Kerana, hadiah dari hati...adalah sangat sempurna. Kepada semua kawan-kawan ku, sesiapa yang mengenali atau sesiapa sahaja, seandainya pernah diri ini menyinggung mana-mana hati atau perasaan. Ungkapan berjuta kemaafan yang tidak terlafaz dihulurkan...

0 comments: