LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Wednesday, March 11, 2009

MASTER..atau terus kerja.

Posted by ajue_gho

Dalam 2 bulan je lagi..maka tamat lah pengajian dekat UTM ni. Aku mula rasa rindu. Dengar azan maghrib nya, dan yang paling aku rindu..bulan puasa. Aku tak tahu macam mana aku nak cakap. Hati aku kuat sangat mengatakan aku nak lagi sambung belajar..memang kalau boleh aku nak belajar sampai PhD, dapat tittle Dr. Aku sentiasa berangan dari kecil macam tu..sebab aku bukan lah dilahirkan di hospital yang ada lengkap elektrik dan air paip. Aku cuma anak orang asli..orang jakun yang tak pernah cukup dengan kemudahan kecuali kaseh sayang. Seingat aku..rumah aku ada elektrik masa aku darjah 1 atau darjah 2. Kemudian air paip ada kat rumah aku masa aku darjah 4. Arwah aba beli TV kecik je 16' masa aku darjah 3. Itu pun dah selak semacam. Kalau tak..menumpang je lah tengok kat umah makcik aku kat sebelah. Jadi, aku sentiasa berangan agar aku jadi 'somebody' yang aku nak jadi. Macam anak-anak makcik aku ada yang jadi doktor, arkitek, dan kebanyakan nya berjaya. Dalam family aku..aku lah yang 1st masuk U. Akak-akak ngn abang-abang cuma belajar sampai SPM dan semuanya kerja kampung je.

Aku bersyukur sangat..Tuhan sentiasa memberi peluang untuk aku terus berjaya menggapai cita-cita hidup.
Dulu..SPM aku sangat lah teruk. Kemudian, ingat nak kerja..tapi masuk form 6. Abes je form 6, result pun cukup-cukup makan. Ingat dah tak ada peluang untuk sambung belajar, tapi...dapat sambung dekat UTM, Skudai. Dah sampai tahap ni..aku rasa sangat-sangat bersyukur walaupun aku bukan lah student engineer. Fakulti aku cuma ada 2 bangunan je kat dalam UTM. Kecik sekali..tapi tak pe. Asalkan aku grad dengan sempurna.

Permohonan untuk sambung Master aku dah buat..cuma tak pasti dapat atau tidak. Bukan persoalan dapat atau tidak...tapi nak belajar atau terus bekerja. Lagi pun kalau terus belajar masih boleh bekerja dengan gaji yang hampir sama dengan orang yang akan bekerja lepas je grad ni. InsyaAllah. Ya Allah, bagi lah petunjuk, yang mana terbaik buat diri ku. Lagi pun masih jauh perjalanan walaupun entah esok atau lusa kita belum tentu hidup. Jodoh pun tak ketemu lagi. Banyak yang perlu dicari. Semoga tabah dan sabar meniti hari-hari mendatang.

CEREWET..berhangen

Posted by ajue_gho

Internet di UTM 2, 3 menjak ni sememangnya membuatkan aku sentiasa rasa berhangen+berhangen+berhangen. Apa tak nya..katanya semester lepas je peruntukan untuk memperbaiki jaringan internet je dah makan hampir 2juta. Belum lagi semester sebelumnya dan semester ini..peruntukan tu mesti semakin bertambah. Stress betul..bila pakai cabel pun bermasalah lagi, bayar sewa bilik punya lah mahal coz ada kemudahan internet. Tapi..masalahnya sama je dengan student lain yang menggunakan Wi-Fi. Lembab nak mampos..dan selalu server down.

Semakin lama aku di sini baru aku sedar aku ni cerewet orangnya. Itu pun..kebetulan juga Pn.Norlin yang bagi tau. Hehehe. Tapi..arwah aba selalu cakap gitu juga..aku cerewet. tapi tak nak mengaku. Tapi memang aku agak cerewet..cuma tidak lah ketara sangat. Semuanya nak nampak bagus dan puas hati. Dulu aku selalu kata kawan aku sorang azie..terlalu perfectionist, setiap ayat perlu perlu diperiksa cohesiveness atau tidak, perlu di synchronize kan. Aku pun lebih kurang sama je..cuma aku tak akan ambil kisah sangat sebab kalau aku ambil kisah aku tahu..betapa penatnya nak menjadikannya sempurna di mata aku. Oleh itu, aku tidak akan menjadi editor bagi mana-mana kerja group yang aku buat. Biar lah aku pilihan yang terakhir untuk mengedit.

Semalam je..aku dah berhangen ngan sorang kawan. Aku mesej dia dari malam sebelumnya untuk mintak i.c no dan no akaun bank. Aku bukan nak buat apa..nak masukkan d
uit dia. Tapi masalahnya, selagi aku tak mesej dia malam berikutnya, selagi tu dia tak balas. Dah lah..aku bukan setakat mesej, skype lagi ingat kan dia. Kalau dia sibuk, bukannya susah pun nak balas. Tak sampai seminit, aku tak mintak dia balas panjang-panjang, cuma 2 mende je yang aku mintak. Kalau tak ada kredit, mintak lah atau pinjam lah 1 je kredit ngan member lain. Cuba lah memahami manusia sekeliling...concious lah dengan perasaan orang lain. Lepas tu dia balas..'hehe..jap ye'. Itu je, ingatkan keluar number i.c atau akaun bank. Tapi..naseb baik hampir 10minit selepas tu..dia send apa yang aku nak. Namun..hakikatnya apa yang menambahkan hangen aku..dia send business card dan tiba-tiba je hilang. Cuba lah..logik sikit, dh lah belajar engineer..be specific lah cket. Aku belajar kemanusiaan ni tau specific ke tak walaupun tak lah specific mana. Kan dah kena send 2, 3 kali mesej..makin mahal lah. Aku guna Celcom, dia Maxis. Tapi..aku malas nak lepaskan hangen aku pada dia..coz aku bukannya macam dulu. Dulu-dulu..aku tak matang sangat lagi..paham-paham lah dah besar ni. Aku bukannya nak mengorat dia pun..jauh sekali mengganggu hidup dia. Yang tu bila sekali aku rasa sakit hati..aku terus je..letak gambar dia terpampang kat depan blog. Aku kadang-kadang tak sampai hati pun. Tapi..geram. Baru tau..takut dengan ejekan kawan-kawan pempuan dia yang lain. 1 lagi dia bukan nya tak tahu..kalau kita berhutang, selagi tak jelaskan hutang orang, semakin sesak hidup rasa.


learn not 2 be 'cerewet' - photographer


Aku teringat ada satu buku yang aku baca..ada terselit artikel berbunyi ..'tanamkan sedikit kebencian dalam kecintaan itu. Kerana mungkin satu hari nanti, kecintaan itu akan menjadi satu kebenciaan..'. Aku selalu mohon petunjuk dari Mu, agar sentiasa memberi petunjuk. Dan..aku sangat-sangat tidak menyukai bila aku mula rasakan ada sedikit kemenyampahan, ketidaksukaan atau kebencian dalam hati aku ini pada seseorang. Aku cuma memohon Ya Allah, janganlah Engkau adakan kebencian itu, cukup lah sekadar sedikit rasa suka atau tiada rasa apa-apa, asalkan rasa ketidaksukaan itu tiada. Begitu susah untuk menyayangi seseorang..dan jauh sekali untuk membenci. Janganlah sesekali Engkau hilangkan rasa sayang itu. Seandainya baik untuk tidak bertemu atau melihat..maka aku akan cuba untuk mengelak dari bertemu. Dan..janganlah sesekali temukan kami.

Kepada yang pernah aku naik hangen tak tentu pasal..seribu kemaafan dipinta. Kita semua manusia biasa yang tak alpa dari kesalahan.

Monday, March 9, 2009

WAJAH..hati anda

Posted by ajue_gho

Wajah-wajah lesu+letih


BUJUR SIRIH....
  • Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong.
  • Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...
BULAT....
  • Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
  • Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati...
BERSEGI...
  • Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi.
  • Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan, agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA...
  • Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain.
  • Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurang gemar memikirkan soal kesihatan diri.

wajah-wajah kepenatan, no make-up tinggal minyak je

DAHI anda...mana satu??

Posted by ajue_gho

Setiap orang dianugerahkan bentuk tubuh dan wajah yang berbeza. Ramai juga yang berkata muka yang sama...tapi, tetap juga ada perbezaan. Yang penting setiap perbezaan itu mengungkap rahsia yang berbeza. Wallaualam. Kita lihat di bawah..mengenai dahi.

Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Setiap manusia ini ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hmmm.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka sentiasa perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Haaaa! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Sunday, March 8, 2009

RAHSIA HATI....wajah

Posted by ajue_gho


Rahsia wanita dapat dilihat melaui unsur tanah, air, api, dan angin. Penentuan unsur seseorang ini boleh ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

  1. Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
  2. Air - kedua, Keenam, kesepuluh
  3. Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  4. Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah ubah.