LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Saturday, April 18, 2009

HIDUP...di mana arah nya

Posted by ajue_gho



Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah. ~ Hamka



Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan Justify Full
cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

LONG time..no see

Posted by ajue_gho


Wat's i gonna 2 say.. makin lama makin susah betul nak update blog ni. Namun, setiap detik merupakan satu langkah dalam kehidupan yang kita x dapat lari dari nya. Apa yang aku nak wat pas grad. Orang kata zaman skang menuju kegawatan. Tak nampak sangat lagi kesannya, tapi..bla kita duduk diam-diam dan fikir balik perbelanjaan kita sebelum ni. Baru kita terasa RM50 sehari je bleh abes. Kerja sebenarnya belambak offer kat JobStreet dan lain-lain. Cuma malas ngan rajin nak gi interview je. Aduih..aku kadang-kadang naik hangin juga ngan Jobstreet. Aku dah daftar dan complete sume resume. Bila nak apply..berkali-kali juga tak lepas. Pelik juga..yang tu wat aku fed-up. Malas nak buka lagi..cuma tengok je. Sama juga masalah nya dengan JobsDB. What happened haa..??

Sedar tak sedar
dah hampir setahun juga aku 'clash' ngan si polan tu. Opppss..tak boleh sebut nama. Glamour sangat nama bdk tu. Maklumlah jejaka pujaan ramai. Mula-mula susah juga nak terima hakikatnya...bukan susah nak terima hakikat sebenarnya. Tapi tak biasa..maklumlah dia bukan sekadar 'my boyrenz' saja pada masa tu, malah merangkap kawan baik aku. Aku tak penah jupa kawan baik cam dia. Macam2 cite & masalah kongsi bersama. Bila dh clash, cam hilang tempat nk bercrita. Tapi, bila msuk dalam terma yang dinamakan 'cinta'. Aku rasa lain bila bercinta dengannya. Aku sangat-sangat suka dia jadi sorang kawan yang baik pada aku. Mungkin ada hikmahnya kami putus awal, supaya kita orang kekal berkawan agaknya. Aku suka bila aku geram atau sakit hati pada dia bila dia jadi kawan aku semula. Sebab, geram aku tu akan wat aku tertawa semula bila aku ingat semula. Tak tahu lah bagi dia. Aku susah untuk meramal sikap lelaki, biar pun dia kawan aku. Complicated sangat..skang kami tak de lah baik sangat cam dulu. Cuma aku tak suka bila dia msg or chatting, dia seolah-olah menceritakan perkara yang akan membangkitkan cerita-cerita dulu masa bercinta. Aku mula lah tak suka dan berhangen. Coz, dia memang sengaja nak wat aku rasa bersalah dan sakit hati. Skang, masing-masing cuba menjauhkan diri, mengelak...sebab tu aku tak suka betul bila mana2 kawan mempunyai perasaan yang agak special pada kita. Sebab pastu..masing-masing akan menjauh.
Think positive je lah..zura. Pape pun, aku tau semua kesilapan yang aku dah wat. Cuma aku tak nak lagi ungkit-ungkit. Nanti jadi barah..biar lah sume tu jadi pengajaran wat aku dan dia dalam memilih teman hidup. Cewah..berfalsafah. InsyaAllah.

Tak sangka juga aku..panjang aku menulis hari ni. Aku tak sabar nak mandi wajib esok or lusa. Nak solat istikharah, nak mintak petunjuk...arah hidup. Hmmm..aku betul2 dalam dilema. Bila tak dapat surat tawaran master, aku risau. Bila dah dapat, risau juga fikir nak pergi ke tak nak. Ya Allah, berilah petunjuk.