LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday, March 24, 2009

KORBAN..cinta

Posted by ajue_gho


"Seharusnya..bukan cinta suci untukmu, tetapi kebencian yang maha pedih seperti api yang membakar dan laksana belati yang menghunus hati."

Hari ini aku tersentuh untuk menulis mengenai cerpen yang aku baca tadi. Menarik..macam ada kena mengena je. Huhuhuhu. Hmmmm..

Ia mengenai kisah cinta antara 2 kerabat di-raja Tengku Siti Hajar dan Tengku Rizal. Kisah cinta mereka yang tiada penghujung. Walaupun keras permintaan Siti Hajar supaya Rizal membunuh semua rasa cinta mereka..namun biar lah semuanya menjadi kenangan. Siti Hajar nekad meninggal kan Rizal lari pada hari perkahwinan mereka kerana mengikut lelaki yang dicintai nya. Alasan nya mudah..konon atas nama kejujuran, tidak mahu mendustai hatinya, dia mengambil keputusan untuk lari pada hari perkahwinannya dengan Rizal.


Semenjak ketiadaan Siti Hajar, orang kampung menganggap Rizal gila. Dunia nya menjadi begitu berbeza. Lembu betina yang menjadi peninggalan Siti Hajar menjadi penemannya. Dan lembu itu telah dinamakan Hajar. Rizal menjaganya sebagaimana Siti Hajar menjaga lembu tersebut...sebagaimana kasih sayang Rizal pada Siti Hajar. Namun, sekian lama bersendirian Rizal telah dinobatkan sebagai penternak yang berjaya di kampung. Disebabkan cintanya yang tulus kepada Hajar, Rizal kini telah mempunyai berpuluh-puluh ekor lembu. Dia tinggal kan pekerjaannya dan menjadi penternak sepenuh masa. Semuanya kerana cinta nya kepada Siti Hajar. Rizal bahagia..walaupun hatinya terlalu sepi tanpa cinta.



"Mungkin aku harus berhenti menunggumu pulang kerana dalam bercinta...mencintai jangan ada yang terpaksa."


Setelah bertahun lamanya, Siti Hajar mengutus surat untuk kembali merebut cinta Rizal. Setelah suaminya meninggalkan nya untuk perempuan lain setelah mereka mempunyai 5 orang anak. Siti Hajar berharap masih ada penantian bersama redup kemaafan untuknya walau terlambat. Bagi Rizal..dia menunggu Siti Hajar, tetapi dengan rindu yang kian usang. Kepulangan Siti Hajar terlalu beerti buatnya pada Aidiladha yang kunjung tiba.

Kemudian, Aidiladha datang dengan pengorbanan yang melimpah. Kisah Nabi Ibrahim kembali mengimbau.

"Selamat Pengantin Baru Rizal" ucap Siti Hajar semasa majlis pernikahan Rizal dengan Soleha, gadis buta pilihan hati Rizal untuk dijadikan isteri.

"Kau mendendami aku Rizal, dengan memilih Soleha sebagai isteri?"
soal Siti Hajar.


"Ini pengorbanan ku, Siti Hajar. Kupilih Soleha kerana dia mencintai aku sepenuh hati. Aku mahu memberi cahaya kepadanya dengan cinta yang murni dan dengan kasih yang tiada akhirnya. Soleha melepaskan aku daripada seksa rinduku padamu. Katanya, cinta kepada manusia akan melukai aku, dan cinta kepada Tuhan akan merawat luka pedihku. Aku menjadi semakin celik.. Kau juga mesti tahu, cintaku kepadamu bukan cinta seperti pelangi yang menjalur indah hanya seketika di mata, pudar di langit. Lalu yang tinggal hanya lah rindu."



"kenangan itu tidak pernah akan hilang, tetapi akan ku simpan selamanya."