LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Thursday, August 27, 2009

AFTER...alll

Posted by ajue_gho


Memang sunyi rasanya bila keluar dari universiti. Destinasi terakhir aku setakat ni dalam erti kata pencarian ilmu dunia. Bagi kawan-kawan yang sambung master..sunyi juga sebab tidak ada kawan-kawan seperti dulu. Masing-masing buat haluan sendiri..ada yang sudah bekerja, ada juga yang masih di rumah seperti aku. Bukan tidak ada kerja di luar sana..tapi memikirkan emak yang sudah tua yang tidak merelakan aku kerja luar dari Pahang..macam mana aku nak menjawab persoalan itu. Sedangkan aku ni jenis yang memang suka keluar, merantau jauh ke tempat orang..mengenal macam-macam ragam manusia serta budayanya. Memang bosan sekarang ni. Kerja apa yang aku nak cari kat Pahang..buntu betul. Kebanyakan kerja yang ada tidak related dengan bidang yang aku pelajari..dan penawaran kerja di Pahang tidak sebanyak di KL atau JB. Demand.. Perkara yang paling best sekali selepas tamat pengajian ialah konvokesyen UTM ke 43. Masa tu lah kami semua berkumpul ramai-ramai berjumpa semula buat sekian kali nya. Yang paling best..hari-hari sebelum konvo pergi makan ayam penyet n buat xtvt giler yang dah lama tak buat bersama. Rindu nya ayam penyet..marvellous. Yang penting, tak kira apa pun yang terjadi semoga kita masing-masing berjaya mengikut haluan masing-masing. Aku masih belum buat pemeriksaan selanjutnya kat hospital..semenjak dua menjak ni sakit aku makin menjadi..rambut aku pun makin teruk gugur nya. Aku pun agak sensitif kebelakangan ni, alergik. Tiba-tiba aku teringat seorang arwah makcik aku yang meninggal kerana leukemia. Arwah sihat je..macam-macam kerja arwah buat. Sedar-sedar je arwah dah tak ada. Aku bukan tak nak bercerita, tapi bukan semua yang mahu mendengar masalah aku ni. Setiap kali aku buka cerita mengenai sakit aku semua akan cakap biasalah stress, semua orang ada masalah tu. Jadi, tutup di situ sahaja lah..agar ia tak menjadi isu yang panjang. Bimbang..tapi doktor pun menasihati aku buat pemeriksaan selanjutnya, tapi bila lah nak pergi. Entah lah azura..aku betul-betul terasa lain kali ni..terutamanya bila sakit. Ramadhan dah pun tiba ni, aku sentiasa berdoa sakit ni akan pulih..insyaAllah selepas bulan puasa ni aku akan cuba melawat ke hospital. Hehe. Dah lama tidak menulis dalam blog. Rasa kekok..tapi harap nye aku akan selalu lah menulis. Semoga hasil penulisan bertambah bagus.

ULANGAN…cerita sama

Posted by ajue_gho



Dalam sebuah perhubungan perlu nya respon terhadap sesuatu perkara. Tidaklah sebelah pihak lagi merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Jika tiada tindak balas dalam sesebuah perhubungan itu, maka berlakulah mis-communication. Tidak dinafikan sememangnya komunikasi memainkan peranan penting dalam membina, mengekalkan malah menyuburkan lagi sesebuah hubungan itu. Walaupun kita tinggal dalam satu Negara yang sama, menggunakan bahasa yang sama namun terdapat banyak halangan dari segi komunikasi itu. Tidak semua manusia dapat memahami apa yang cuba disampaikan hanya dengan kata-kata..ada kalanya ia memerlukan bahasa sokongan seperti gesture, nada suara yang meyakinkan dan persekitaran yang menyokong. Sebagai manusia kita tidak lari dari kesilapan, namun ia boleh diperbaiki. Mungkin pada hubungan yang akan dating laila dan majnun akan menemui pasangan bahagia masing-masing.

Kita perlu ingat bahawa..tidak perlu untuk mengubah seseorang untuk menjadi seperti apa yang kita mahu kan. Manusia itu berbeza..kalau kita sendiri tidak mampu untuk menerima perbezaan tu..maka mungkin bukan jodoh. Sesungguh nya..jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.