LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Thursday, August 27, 2009

ULANGAN…cerita sama

Posted by ajue_gho



Dalam sebuah perhubungan perlu nya respon terhadap sesuatu perkara. Tidaklah sebelah pihak lagi merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Jika tiada tindak balas dalam sesebuah perhubungan itu, maka berlakulah mis-communication. Tidak dinafikan sememangnya komunikasi memainkan peranan penting dalam membina, mengekalkan malah menyuburkan lagi sesebuah hubungan itu. Walaupun kita tinggal dalam satu Negara yang sama, menggunakan bahasa yang sama namun terdapat banyak halangan dari segi komunikasi itu. Tidak semua manusia dapat memahami apa yang cuba disampaikan hanya dengan kata-kata..ada kalanya ia memerlukan bahasa sokongan seperti gesture, nada suara yang meyakinkan dan persekitaran yang menyokong. Sebagai manusia kita tidak lari dari kesilapan, namun ia boleh diperbaiki. Mungkin pada hubungan yang akan dating laila dan majnun akan menemui pasangan bahagia masing-masing.

Kita perlu ingat bahawa..tidak perlu untuk mengubah seseorang untuk menjadi seperti apa yang kita mahu kan. Manusia itu berbeza..kalau kita sendiri tidak mampu untuk menerima perbezaan tu..maka mungkin bukan jodoh. Sesungguh nya..jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.

0 comments: