LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, March 1, 2009

PANTUN..dari seorang kawan.

Posted by ajue_gho

Seorang insan yang telah menulis..katanya tiada apa yang dia mahu ungkapkan, kerana dia tidak pandai berkata-kata macam kawan-kawan nya. Jadi, dia beri ungkapan pantun untuk dihayati bersama.



Masa: 0453 am
Hari: Jumaat
Tarikh: 30 April 2004
Tempat: Surau (Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, UM)



Tatkala dirimu di program ini,

Di sini, di pagi ini & di senja yang sunyi,

Memoriku tidak lagi menyepi,
Kehilangan & kepergianmu,

Tidak lagi ditangisi,


Meskipun unggas berlagu hiba,

Dari tanah & dari lurah..

Dari bukit..

Yang menyerlah
Wajah-wajah indah,
Warna-warna alam..
Menjadi pengubat gundah.


Ingin sekali aku..

Berdiri tegak di persada mu,
Mengenal setitik budi,

Menghirup secangkir kasih,

Dari gelas ketakwaan,

Dari madah keimanan,


Ingin sekali aku...

Berkongsi kerinduanmu,

Tatkala kita tidak bersama,

Bangga dengan mutiara,
Berjabat erat dan bersapa mesra,

Ketika mu ketemu ku di jalanan.

Diriku kan sentiasa menanti,

Jua merindui..

Kehadiran mu di tasik hati,

Memikat sukma..

Sekali lagi..



Bila habis membaca, teringat kata nya suka melihat sebuah senyuman yang sentiasa berada di bibir, namun kini..senyuman itu sudah hilang & dia tidak lagi di temui. Sukar lagi untuk mengukir sebuah senyuman dari hati, yang kadang-kala tanpa kita sedari ada..yang melihat. Tanpa kita sedari juga melalui senyuman juga kadang-kadang ada hati..yang terasa. Ada senyuman yang manis, tidak kurang juga yang sinis.

1 comments:

_uara_ said...

cm knal je pantun tue..huhuhu