LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Monday, March 2, 2009

PERANG FESYEN..dinner

Posted by ajue_gho

Best finding - picture



Kebiasaan pada semester awal tahun ni, banyak persatuan atau kolej yang menganjurkan makan malam (dinner) kolej. Serta tidak ketinggalan juga lah setiap yang hadir menghias diri masing-masing dengan pakaian dan solekan yang bersesuaian dengan tema majlis. Fenomena ini memang sangat dinanti terutamanya bagi pelajar fakulti pengurusan terutamnya pelajar HR. Apa tidaknya untuk pelajar HR sahaja sudah ada 2 malam gilang gemilang untuk mereka. Belum termasuk malam dinner untuk kolej kediaman masing-masing serta persatuan/kelab lain. Namun, tidak pasti lah bagaimana reaksi pelajar fakulti lain. Kerana peajar HR biasanya memang digalakkan, sememangnya dan perlu suka aktiviti sosial seperti ini. Menghadiri majlis-majlis dan berjumpa dengan ramai orang semestinya satu keutamaan yang tidak boleh lari lagi.


28 Februari yang lau, berakhir sudah majlis dinner yang pertama. Tema majlis - Nite Of Beautiful Blossom (merah, pink + putih). Dirasmikan oleh Datuk Dr Adham Baba, bekas setiausaha pendidikan Malaysia. Pendek kata macam-macam lah fesyen dan pakaian yang deperagakan. Namun, tidak kurang juga ada pelajar yang memilih kesederhanaan dan tidak over-acting dalam bergaya. Asal kan menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Tetapi, yang peliknya malam itu princess of the nite disandang oleh seorang pelajar yang pakaiannya agak kurang menepati tema. Kata nya, tema nite of beautiful blossom - bukannya nite of beautiful plain. Ermm, mungkin juga para juri malam tersebut rambang mata sehingga tidak tahu untuk membuat keputusan memilih yang terbaik. Agak bernasib baik lah pemenang kerana sebelum ini dikenali oleh para juri/pengadil.


Simple n ordinary

Dalam kesibukan bercerita mengenai malam dinner, tahun ini agak malap bagi kami semua. Bukan sebarang malap tetapi tetap bersinar dengan suara riuh pikuk nya menghangat kan suasana. Sudah hampir 3 tahun di UTM, Skudai sehingga kan lebih dari 3 kali menghadiri majlis dinner tersebut di tempat dan waktu yang sama - pengisian pun hampir sama. Jadi semangat untuk bergaya ala kadar sahaja. Hadir cuma dengan pakaian yang kemas + rapi. Tidak seperti majlis yang lain. Mungkin kerana 2 tahun sebelumnya, kepenatan menguruskan majlis tersebut sudah menjadi kebiasaan buat kami. Sehinggakan berasa malam itu..nothing special. Cuma mahu meraikan hari bersama warga kolej yang lain (ye ke??).

Apa yang tidak sabar..untuk 2 majlis yang seterusnya. Kerana kejutan akan bermula. Setiap kali majlis..ramai yang mengatakan kami sentiasa 'gempak' dalam kerendahan diri yang kami paparkan. Maklum lah, kami bukan di kalangan pelajar yang popular atau best student. Cuma setiap kali hadir, kami akan hadir dengan imej yang berani. Berlainan dengan personaliti yang dikenali ramai. Jangan pandang sebelah mata hanya kerana kami tidak lah secantik mana. No komen..just wait n see. Together wee gain the success.

0 comments: