LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Monday, February 23, 2009

TRIP...cuti-cuti jalan-jalan makan angin

Posted by ajue_gho


Diz coming season everything is about..spend your money for holidays and any trip. Wow...hmmm, banyak berhabes duit untuk berjalan-jalan. Kadang-kadang ia memberi kepuasan bila kita jauh berjalan. Tahun pertama dan kedua kat UTM, boleh lah jalan-jalan free..ada support dengan join program-program kolej/universiti. Maklumlah kita orang bukan anak orang kaya, yang boleh keluar duit banyak mana pada bila-bila masa. Kadang-kadang nak makan pun..berkongsi. Sebungkus maggi kongsi berlima. Tapi..itu yang seronoknya, baru lah kita tahu erti kehidupan macam mana.




Masuk tahun 3 ni, memang puas hati walau budget keluar sikit. Berbaloi..coz menambah koleksi pengalaman yang ada. Berjalan, degree++, PSM..hahaha, kena cath-up laju sikit lah. Yang paling best Hutan Lipur Lentang & Genting Highland & Singapore. Aku teringat lagi..Zehan-kenangan Shell Ketari, Teha-beli gas, Nurul-1st time masuk hutan. Bagi aku yang membesar sebagai anak orang asli masuk hutan bukan perkara baru sangat..cuma peluang untuk dapat pergi kat tempat orang sangat jarang. Sebab tu aku rasa sangat berbaloi kalau hanya perlu laburkan sedikit duit untuk pergi mana-mana tempat yang aku belum pernah pergi. Lihat budaya dan cara hidup yang berbeza. Walaupun dah hampir 16 tahun aku hidup sebagai seorang muslim, tapi cara hidup masih tak jauh beza dengan budaya orang asli itu sendiri. Apa yang memberi perbezaan cuma lah pegangan dan kepercayaan. Setiap makhluk atau masyarakat itu ada 'value of sense' tersendiri, yang kita perlu sama-sama belajar dan memahami.

0 comments: