LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday, February 24, 2009

HADIAH..dari hati

Posted by ajue_gho

SELAMAT PENGANTIN BARU


S
elamat pengantin baru, Nor Akma Bt Abdullah. Mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadiri perkahwinan k.long. Teringat zaman form 6 dulu..bila aku berada dengan kawan-kawan aku sekarang aku teringat betul SABS. Kak Long seorang sahabat yang aku kenal masa form 6...memang giler kan kita masa tu. Itu lah 1st time pengalaman aku duduk hostel..yang paling best hostel tu tak ramai pun orang, 1 dorm cuma ada lebih kurang 10 orang..campur-campur semua tak sampai seratus..tapi hampir seratus lah. Rabit, Konah, Ejeq, Suzie, Zack, Yang, Pugha, Wanzue, Kechek..aku rindu kat korang semua. Bila agaknya giliran kita orang pula yang menjamu nasi minyak.


Apa yang aku nak ceritakan aku bukan seorang sahabat yang baik. Teringat lagi yang ko cakap dulu yang ko nak kita orang semua datang ke
majlis perkahwinan ko. Arggghh..maaf banyak-banyak...sebab salah maklumat tentang tarikh perkahwinan tu. jadi memang aku tak sempat nak cancel kan trip ke sana. Aku tak tahu macam mana rasa bersalahnya aku pada ko...sedangkan aku masa tu kat Genting tengah terpekik menjerit dan bergelak ketawa. Selepas tu ko cakap ko tak kisah sebab aku memang sibuk belajar sedangkan yang lain dah bekerja. Betapa baiknya k.long...tak tahu nak cakap macam mana walau pun hati aku sedih juga.


Ni hasil design 1st aku..hadiah dari hati
next time..aku akan hasilkan yang lagi berkualiti

Kadang-kadang kita selalu nak penuhi keinginan hati..nak mencari sesuatu yang kita impikan. Tanpa kita sedari..kadang-kadang ada hati yang tersentuh. Dan..dalam kita ingin mengejar dan mendapatkan sesuatu...akan ada sesuatu yang kita terpaksa atau perlu korbankan. Walaupun pahit untuk diterima. Cuma di sebalik semua itu hargai lah sebuah persahabatan yang kita tak akan dapat beli dengan wang ringgit mahu pun segulung ijazah. Nilai sebuah persahabatan itu amat sukar diukur mahupun dinilai. Tidak perlu datang dengan memberi hadiah mahal-mahal..cukup lah datang sekadar menjenguk dan bertanya khabar. Kadang-kadang..seorang manusia itu akan menitis air mata gembira bila seorang manusia lagi 'kaseh' padanya.

0 comments: