LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Friday, January 9, 2009

Penulisan2U

Posted by ajue_gho

Penulisan2U.com. Laman web free untuk mereka yang meminati cerpen-cerpen dan novel. Boleh diakses secara online. Pengunjung juga bebas untuk memasukkan karya masing-masing ke dalam blog. Aku suka menulis..tapi aku tidak pasti adakah aku mempunyai imaginasi yang begitu hebat sehingga aku mampu menghasilkan sebuah cerpen atau cerita tersendiri. Mungkin aku perlu belajar...haha. Mana tau 1 hari nanti ada sebuah buku sendiri paling kurang. Setiap cita-cita bermula dengan angan-angan..dan setiap angan-angan itu bukan mustahil untuk direalisasikan. Atas satu alasan sahaja sama ada hendak atau tidak. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Aku ingin mencuba..percubaan pertama ialah dengan mengarang Projek Sarjana Muda ku dengan baik sekali. Bersama 2 orang lagi kawan ku yang lain Azie dan Teha. Harap-harap selepas ini aku boleh mengarang sebuah buku untuk dikongsi cerita nya bersama-sama orang lain. Kalau dulu untuk menulis kita memerlukan mata pena dan helaian-helaian kertas. Namun kini, hanya menekan butang-butang di hujung jari semuanya sudah tersedia dan tertulis. Sungguh ajaib teknologi sekarang, entah apa lagi teknologi yang canggih akan dicipta untuk masa depan.

Bila disebut tentang menulis dengan mata pena. Aku teringat tentang topik yang diceritakan oleh kawan-kawan aku siang tadi. Tentang kegeraman adiknya..yang geram dan marah diarinya dibaca oleh kakak-kakaknya. Memang tidak dinafikan malu apabila perkara-perkara peribadi disentuh atau diketahui orang. Mungkin ia cuma bingkisan biasa yang tidak mempunyai makna yang besar tapi..cukup memberi impak yang mendalam pada diri sendiri.

Aku teringat semasa aku kecil-kecil. Aku menulis di dalam buku tiga lima tentang perasaan tidak puas hatiku pada emak yang selalu memanjakan adik bongsu aku. Kadang-kadang hendak tergelak pun ada bila teringat. Mak aku tak pandai membaca kerana masa kecilnya tidak pernah dihantar ke sekolah. Jadi, semasa mak mengemas rumah mak terjumpa buku tiga lima tersebut dan menyuruh kakak aku membaca isi buku tersebut. Hati seorang ibu terdetik agaknya untuk mengetahui apa yang ada di dalam buku itu. Apa lagi, aku balik je dari kelas petang semua orang tertawa dan mengejek hasil tulisan aku..menagis sakan lah aku. Mak pun membebel kerana aku mepersoalkan kasih sayang nya pada adik ku. Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan dunia pada masa tu..malu, marah, geram..semua ada. Aku pun tak tahu macam mana buku tiga lima tu boleh terjumpa dek mak aku. Seingat aku, buku tu tiba-tiba je hilang. Maklumlah kat rumah memang aku dikategorikan sebagai pelupa sebab aku selalu tak ingat barang yang aku letak kat mana. Sekali semua orang baca..rasa macam di cabuli maruah, perkara yang sepatutnya rahsia peribadi menjadi bahan ketawa dan ejekan. Hehe.

Lepas je dari tu aku tak berkeinginan untuk mempunyai diari sendiri sebab aku takut orang lain jumpa dan baca. Lagi pun aku memang suka menulis..tetapi aku bukan seorang yang formal dan tersusun. Aku akan menulis apa saja yang aku nak tulis dan conteng. Jadi, aku hanya memerlukan 1 buku biasa yang membolehkan aku tulis je apa yang aku nak tulis kat mana-mana bahagian yang aku rasa nak tulis. Senang, tak perlu diari yang perlu ikut susunan harinya, step by step. Terlalu terikat dan cerewet. Hanya kertas dan sebatang pensel kontot pun sudah cukup untuk aku menulis dan menconteng. Boleh untuk aku 'berkarya'..haha.

0 comments: