LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Thursday, January 8, 2009

Action Taken

Posted by ajue_gho

Tahun baru..semester baru dan mungkin semester yang terakhir di UTM, Skudai ini. Hmmm, pejam celik je dah hampir sampai 3 tahun belajar. Dulu rasa macam lama sangat 3 tahun untuk diharungi. Banyak yang berlaku 3tahun ni. Ada yang kehilangan, ada yang baru berjumpa, ada yang sukar untuk dilupakan. Banyak lah...pendek kata sem pendek yang lebih kurang hanya 4 bulan yang terakhir ni. Banyak betul aktiviti yang kawan-kawan dan aku nak buat serta belum buat. Macam mana tu. Yang paling pening..budget. Memang banyak juga yang berhabes duit semester ni. Singapore, Genting dan macam-macam lah. Memang wajib pergi sem ini. Belum lg budget untuk bahan belajar dan projek sarjana muda. Ermmmm....ketepikan pasal budget, insyaAllah. Rezeki ada di mana-mana asalkan kita tak putus untuk mencarinya.




Tadi, aku terbaca kat blog frenster Zehan tentang setia. Aku pun kurang memahami apa maksud sebenar perkataan setia tu. Bagi aku setia bukan je dalam percintaan tapi semua aspek ada setia. Walau pun dalam kita menggunakan sesuatu barang. Konsep yang sama cuma aplikasi yang berbeza. Aku menulis bukan nak menilai kecurangan dan tahap kesetiaan percintaan kerana aku pun insan yang pernah gagal dalam bercinta. Ya..setia melebihi segalanya. Tak kira lah di mana kita berada, sejauh mana pun kita berada kalau hati tak teguh dan yakin, robohlah sebuah istana. Yang penting bukan yakin atau tidak. Bila ada pasangan yang putus..mereka akan cuba mencari kesilapan pasangan terdahulu. Mereka akan kata si polan tidak yakin lah, tidak ada pendirian lah, tidak setia dan macam-macam lagi. Sedangkan diri sendiri pun ada kekurangannya. Asyik bercakap tapi tak ada tindakan pun.

Sebenarnya jangan bertelagah mengapa tiada keyakinan, tetapi sebaliknya cari penyelesaian bagaimana untuk pupuk keyakinan. Kalau setakat cakap jek "awak tu yang tak yakin dan tak nak berubah". Semua orang boleh bercakap. Tapi cuba untuk saling membantu memupuk keyakinan itu agar terus kekal teguh berdiri. Bukan semua perubahan boleh dilakukan secara drastik, bukan hanya omong kosong untuk seseorang berubah. Perlukan sokongan dari banyak aspek. Bukan setakat cakap jek..saya sokong. Tapi tindakan yang mengukuhkan lagi sokongan itu. Manusia..perlu ingat jangan cakap kosong jek. Tapi "action" merupakan kunci segalanya.