LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Wednesday, April 29, 2009

JANGAN BERSEDIH..jadilah wanita yang paling bahagia

Posted by ajue_gho


Hari ni..menghayati detik2 bersama di UTM. Apa yang kami buat..marathon tengok wayang dari malam sebelumnya. Aduh..apa nak jadi dengan kami semua ni. Namun, sempat juga kami menjenguk sebenar ke kedai buku sewaktu menunggu wayang ke dua. Apa lagi..aku pulak terserempak dengan rak-rak buku motivasi. Al-maklumlah, aku ni mudah sangat terjebak dalam pencarian makna diri sebenar. Akhir nya, aku membeli sebuah buku yang dah lama aku teringin nak beli iaitu Jangan Bersedih..Jadilah Wanita yang Paling Bahagia. Memandangkan ada buku 1 lagi yang aku minat tu harga nya RM65..maka aku tanpa berfikir panjang terus mencapai buku ini harganya RM33 dan terus ke rak. Mungkin bagi sesetengah orang lain berapa lah sangat harganya jika nak dibandingkan dengan ilmu nya. Tapi..aku yang bukan nya orang senang dan mengharap duit mak lagi untuk makan dan minum..memang RM33 tu satu kuantiti yang banyak. Tapi..tak kisah lah, aku tutup sebelah mata je tadi. Semoga ada hikmah nya di sebalik apa yang terjadi.

Buku ni..aku tidak lah membaca lagi..bila aku belek2..terdapat 12 tajuk utama EMAS, KALUNG, PERMATA, MUTIARA, BERLIAN, INTAN, YAQUT, NILAM, CINCIN, ZAMRUD, MANIKAM, INTAN dan KRISTAL. Sungguh pun buku ini tidak lah berwarna-warni seperti buku terbitan Telaga Biru, namun design dalaman setiap helaian buku sangat memberi inspirasi untuk kita terus membaca walaupun tidak memainkan campuran warna yang pelbagai.

0 comments: