LIFE

Sharing..is caring. Erti berkongsi pada yang kasih.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, January 11, 2009

GAZA teru dibedil

Posted by ajue_gho

Rejim zionis terus membedil Gaza dengan ‘azam’ untuk memastikan tiada lagi serangan roket oleh Hamas ke atas wilayah Israel. Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang.

Tentera Washington buka tender sewa kapal dagang untuk hantar 3,000 tan peluru ke Israel.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kecewa dengan kedegilan Israel dalam melaksanakan gencatan senjata.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert maklumkan negara Yahudi itu ‘tidak pernah setuju dengan campur tangan luar’ merujuk kepada Majlis Keselamatan.

Tentera Washington juga telah membuka tender sewa kapal dagang untuk menghantar 3000 tan peluru ke Israel. Manakala anggota korban rakyat Palestin semakin meningkat mencecah lebih 800 orang.

Pesawat udara, kereta kebal dan kapal tentera Israel membedil Genting Gaza buat hari ke-15 hari ini sementara askarnya terlibat dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hamas di wilayah Palestin ini.

Rejim Yahudi itu terus tidak mempedulikan usaha antarabangsa untuk menghentikan keganasan yang telah membunuh lebih 800 rakyat Palestin.

Walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera dan usaha perantaraan giat dijalankan oleh Mesir dan Eropah, Israel nampaknya bertekad untuk meneruskan serangan.

Hamas bagaimanapun masih berupaya melancarkan roket ke selatan Israel hari ini dan dalam tempoh 24 jam lalu telah melancarkan kira-kira 35 roket ke wilayah Israel.

"Israel berazam untuk meneruskan kempen ini sehingga membawa kepada kesudahan yang positif, supaya tidak ada lagi serangan terhadap Israel dari Gaza," kata anggota Kabinet keselamatan Israel, Rafi Eitan.

Pegawai perubatan di Gaza berkata, sejak Israel melancarkan serangan pada 27 Disember lalu, sekurang-kurangnya 802 rakyat Palestin terkorban, termasuk 235 kanak-kanak dan 93 wanita manakala 3,350 lagi cedera.

Sejumlah 13 rakyat Israel terbunuh terdiri daripada 10 askar dan tiga penduduk awam yang terkena tembakan roket Hamas.

Dalam serangan malam tadi, tentera Israel mendakwa telah membedil 40 lagi kedudukan Hamas di Gaza dan membunuh 15 pejuang Hamas dalam pertempuran di darat.

Pertempuran paling sengit berlaku di jalan tepi pantai di sebelah utara Bandar Gaza, kata pegawai keselamatan Palestin.

Askar Israel mara ke dalam lingkungan 1.5 kilometer dari bandar tersebut sebelum berundur sedikit.

Sungguhpun tentera Israel telah menguasai jalan itu, pejuang Hamas terus beroperasi dari kedudukan tersembunyi di kawasan berkenaan.

Jalan itu biasa digunakan untuk melancarkan roket ke Israel atau menyerang bot tentera laut Israel di perairan Mediterranean.

- Reuters


Sumber: Utusan Malaysia Online

0 comments: